GOOGLE SEARCH

LOGO ANGSI FAMILY CLUB

Friday, 25 June 2010

Motivasi Hidup pada hari ini.

Sebagai manusia kita cenderung untuk melayan dialog-dialog dalaman dalam fikiran kita, walaupun kita sedar ia akan berakhir dengan perasaan sedih dan kecewa. Ini kerana ia membawa bersamanya perasaan dan emosi yang kuat yang akan memerangkap kita untuk menghabiskan masa berbincang tentangnya di dalam minda. Dan antara topik popular yang disukai oleh minda kita ialah masa silam. Tanpa kita sedar kita telah mengimbas kisah masa silam kita.
Walaupun biasanya ia bermula dengan keghairahan mengingati masa silam, namun seringkali di akhirnya kita akan dirundung sedih kerana masa itu telah berlalu. Paling kerap kita akan dihantui perasaan menyesal dan rasa tak berguna kerana melihat diri kita telah tua, walaupun pada usia 20 tahun. Sungguhpun kita rasa kita dapat belajar daripada masa silam namun pada banyak perkara, mengungkit masa silam lebih banyak keburukan daripada kebaikan.Inilah punca kebanyakan daripada kegagalan kita.

Seharusnya kita hidup pada hari ini. Bersyukur dengan apa yang kita ada pada hari ini dan buat yang terbaik dengannya. Orang yang hidup dengan masa silam biasanya tidak bersemangat dengan dirinya terutama mengenangkan kegagalannya di masa lampau. Walaupun mengingati kejayaan pada masa lampau sangat baik, tapi minda kita lebih suka memfokus pada kegagalan. Sementara orang yang hidup pada masa hadapan mungkin lebih bersemangat, namun terlalu banyak memikirkan masa hadapan boleh mengundang ketakutan.

Yang paling baik ialah hidup pada hari ini. Tumpukan sepenuh perhatian pada kerja di tangan dan nikmatinya. Orang yang hidup pada hari ini lebih tenang, lebih produktif dan praktikal. Orang yang hidup pada hari ini akan lebih berjaya.

Jadi, cubalah sedaya-upaya hidup pada hari ini. Walau siapapun anda di masa silam tinggalkannya. Melangkahlah dengan semangat baru, menjadi orang baru yang lebih baik pada hari ini. Semoga hari ini menjadi yang terbaik untuk anda.

No comments:

SEJARAH AFC

DI TUBUHKAN PADA 03.hb FEB. 2005. TUJUAN PENUBUHAN ADALAH UNTUK MENGADAKAN SATU PERTUBUHAN UNTUK MENGATURKAN SEBARANG AKTIVITI SECARA SAH DIANTARA CREW A DAN CREW D BAGI MENGERATKAN LAGI SILATULRAHIM DI ANTARA KELUARGA KELUARGA PEKERJA PELANTAR ANGSI DAN MEREKA YANG MENJADI AHLI KELAB AFC INI.



BORANG KEAHLIAN

BORANG KEAHLIAN

ANGSI

ANGSI

ANGSI

ANGSI