GOOGLE SEARCH

LOGO ANGSI FAMILY CLUB

Saturday, 5 June 2010

Hari Keputeraan Yang di Pertua Agung.




                                    

Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah adalah Sultan Terengganu yang ke-16. Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13, ketua perlembagaan Malaysia mulai 13 Disember 2006
Baginda telah dilahirkan pada 22 Januari, 1962 di Istana Al-Muktafi, Kuala Terengganu, ibu negeri Terengganu. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman dan kemudiannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, baginda kemudiannya melanjutkan pelajaran di luar negara di pusat pendidikan berprestij iaitu Geelong Grammar School di Geelong, Australia. Pada tahun 1988, baginda menghabiskan pembelajarannya di U.S. International University-Europe di London, memperolehi ijazah Sarjana Muda Sastera di International Relationships pada 9 Jun 1988.

Baginda telah melibatkan diri dengan kursus ketenteraan PRE SMC (E) 33 di Army School of Languages daripada 2 November 1982 hingga 31 Mei 1983, dan kemudiannya menghadiri kursus ketenteraan SMC 33 di Akademi Tentera DiRaja Sandhurst di England daripada 3 Mei 1983, menghabiskan kursus Pegawai Kadet pada 9 Disember 1983. Baginda telah dikomisyenkan pangkat Leftenen pada 1 Mac 1984 dan telah memberikan khidmatnya di Askar Berkuda DiRaja.

Baginda telah dianugerahkan Putera Mahkota negeri Terengganu Darul Iman pada 6 November 1979, dan kemudiannya di lantik sebagai pemangku Sultan Terengganu daripada 20 Oktober hingga 8 November 1990.

Baginda sememangnya meminati sukan berkuda dan menyukai makanan barat kerana baginda amat menitik beratkan soal pemakanan baginda. Baginda juga merupakan Yang di-Pertuan Agong yang pertama yang diputerakan selepas kemerdekaan dan kedua termuda ketika ditabalkan iaitu selepas Yang di-Pertuan Agong ketiga, Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail yang ditabalkan ketika berusia 40 tahun.

Petikan di ambil dari Wikipedia.

No comments:

SEJARAH AFC

DI TUBUHKAN PADA 03.hb FEB. 2005. TUJUAN PENUBUHAN ADALAH UNTUK MENGADAKAN SATU PERTUBUHAN UNTUK MENGATURKAN SEBARANG AKTIVITI SECARA SAH DIANTARA CREW A DAN CREW D BAGI MENGERATKAN LAGI SILATULRAHIM DI ANTARA KELUARGA KELUARGA PEKERJA PELANTAR ANGSI DAN MEREKA YANG MENJADI AHLI KELAB AFC INI.



BORANG KEAHLIAN

BORANG KEAHLIAN

ANGSI

ANGSI

ANGSI

ANGSI