GOOGLE SEARCH

LOGO ANGSI FAMILY CLUB

Friday, 2 July 2010

“XPDC SAYANGI HUTAN KITA BERSAMA PELANTAR ANGSI 2010”.


Pelantar minyak Angsi melalui Angsi Family Club(AFC) akan menganjurkan program mendaki Gunung Tebu sambil mengadakan aktiviti pembersihan hutan lipur Lata Belatan Terengganu.Program ini akan dikenali sebagai “XPDC SAYANGI HUTAN KITA BERSAMA PELANTAR ANGSI 2010”.




Lokasi : Hutan Lipur Lata Belatan - Gunung Tebu,Jertih Terengganu.

Tarikh : 30 Julai – 01 Ogos 2010 (3 hari 2 malam)

Aktiviti ini akan dijalankan dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri, Kelab Gabungan Pendaki Gunung Malaysia serta masyarakat setempat.Penyertaan terbuka kepada semua yang berminat tanpa mengira jantina asalkan sihat tubuh badan.Yuran penyertaan RM 100.00 akan dikenakan bagi setiap penyertaan dan ianya merangkumi makan, khemah, permit dan jurupandu arah.Jika berminat sila daftarkan diri kepada:-

1) ZULKIFLI BIN ROMLI @ YUSOP-KREW A

2) WAN MOHD NURUL AZLAN-KREW A

3) AMIRUDDIN BIN SAAD-KREW B

Jadual Program:-

• Hari pertama (Jumaat/30 Julai 2010)

- Bertolak dari KOP Kertih ke Lata Belatan,Jabi.

-Taklimat daripada penganjur dan Jabatan Hutan.

-Program pembersihan/gotong-royong di Lata Belatan.

-Bermalam di tapak perkhemahan Lata Belatan.

• Hari kedua (Sabtu/31 Julai 2010)

- Senaman pagi

-Taklimat daripada penganjur dan Jabatan Hutan.

-Operasi pembersihan laluan ke puncak Gunung Tebu.

-Sesi pengenalan spesis tumbuh-tumbuhan bersama Jabatan Hutan.

-Bermalam di puncak Gunung Tebu.

• Hari ketiga (Ahad/1 Ogos 2010)

-Senaman pagi

-Taklimat daripada penganjur dan Jabatan Hutan.

-Bergerak ke Lata Belatan

-Program selesai dan bertolak kembali ke KOP,Kertih.

No comments:

SEJARAH AFC

DI TUBUHKAN PADA 03.hb FEB. 2005. TUJUAN PENUBUHAN ADALAH UNTUK MENGADAKAN SATU PERTUBUHAN UNTUK MENGATURKAN SEBARANG AKTIVITI SECARA SAH DIANTARA CREW A DAN CREW D BAGI MENGERATKAN LAGI SILATULRAHIM DI ANTARA KELUARGA KELUARGA PEKERJA PELANTAR ANGSI DAN MEREKA YANG MENJADI AHLI KELAB AFC INI.



BORANG KEAHLIAN

BORANG KEAHLIAN

ANGSI

ANGSI

ANGSI

ANGSI