Sebulan berpuasa, kini tiba masanya menyambut Syawal
Kita sekarang berada pada penghujung bulan yang penuh berkat. Kehadiran bulan Ramadan memang amat dinanti-nantikan oleh seluruh golongan yang beriman dan cintakan kepada amalan yang soleh. Semakin Ramadan melabuhkan tirainya, ia bermakna semakin hampir kita kepada sambutan Hari Raya Aidilfitri. Setelah sebulan umat Islam berpuasa, meningkatkan amal ibadah, meninggalkan larangan-Nya dan mengawal nafsu syahwat masing-masing; maka tibalah hari untuk merayakan kemenangan kerana berjaya menunaikan segala kewajipan sebagai hamba yang taat kepada perintah Allah S.W.T. Ianya disambut dengan gilang-gemilang. Namun tatkala Ramadan tahun ini semakin berada dipenghujungmya, perasaan sayu dan sedih mulai menggamit jiwa. Tahun depan entahkan dapat entah tidak untuk bertemu Ramadan al-Mubarak sekali lagi.
Sempena menjelmanya Hari Lebaran ini AFC ingin mengucapkan
"تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكم."‘Taqabbalallahu minna waminkum’
(Semoga Allah menerima amalan kita dan amalan kalian)
kepada seluruh pengunjung blog AngsiFamilyClub.
Saya juga ingin menyusun sepuluh jari memohon keampunan sekiranya ada tutur bicara, perilaku mahupun penulisan saya yang telah mencalar perasaan sesiapapun. Sesungguhnya setiap manusia itu tidak maksum dari melakukan kesilapan. "Setiap anak Adam itu sering berbuat kesilapan dan sebaik-baik orang yang selalu berbuat kesilapan adalah orang-orang yang suka bertaubat." – Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunan al-Tirmizi, kitab Sifat al-Qiyaamah, hadis no: 2499.
Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Semua Ahli AFC.
No comments:
Post a Comment