Sajer nak kongsi cerita sikit, kisah benar baru semalam berlaku,28/06/2010
Semalam sahabat rapat saya di Paka telah ditimpa musibah kerana menantunya yang baru berkahwin dengan anak perempuanya tidak sampai sebulan telah meninggal dunia . Pinggan mangkuk semasa kenduri hari tu pun belum habis disimpan lagi.
Kejadian berlaku semalam, ceritanya 5 hari lepas setelah dia mengadu demam dan mendapatkan rawatan doktor panel. Hanya ubat demam sahaja diberi. Melihat keadaannya tidak sembuh setelah balik dari mesyuarat di KL, beliau telah pergi ke Hospital Dungun untuk mendapatkan rawatan dan doktor tidak dapat tahu punca penyakitnya. Nak kata demam denggi berdarah tak ada kesannya. Kebetulan adik sahabat saya tu bekerja di hospital besar KT mengesyorkan supaya masuk wad di hospital besar KT. 3 hari masuk wad berakhir semalam menantunya telah kritikal koma. Doktor kata Organ dalamannya telah berhenti dan gagal berfungsi.
Isteri sahabat saya menelepon saya sebelum magrib supaya mengadakan solat hajat bersama jemaah surau Pok Bakar memohon kepada Allah supaya menantunya sedar & sembuh. Belum pun sempat melakukan solat hajat sekali lagi selepas magrib isteri sahabat menepon saya semula memberi tahu bahawa menantunya telah meninggal dunia waktu magrib tadi. Innalillahwainahirojiun. Saya terus telepon kawan-kawan yang mengenalinya.
Selepas isyak saya terus pergi ke hospital KT melawat jenazah. Orang telah ramai di bilik mandi mayat. Saya terus berjumpa sahabat saya dan bertanya bagaimana penyakit menantunya bermula. Doktor kata menantunya terkena virus kencing tikus. Seperti selibriti Din Beramboi Puncanya wallahualam.
Jenazah pada malam itu juga dimandikan dan dikapankan di hospital besar KT. Setelah sembahyang jenazah terus naik van jenazah untuk dibawa ke Baling Kedah untuk dikebumikan dikampungnya. Ibu dan ayah silelaki tiba sejerus kemudian dari Kedah dan tidak sempat melihat anaknya semasa nazak.
Begitulah ceritanya virus kencing tikus sangat bahaya sehingga boleh membawa maut. Bagi sesiapa dirumahnya terdapat tikus berkeliaran berhati-hatilah takut dia kencing merata-rata, kadang-kadang diatas tin susu, makanan atau tin minuman kita dirumah.
Dibawah sedikit cerita dari kawan-kawan cyber.
Kita tidak tahu dari mana beliau mendapat virus tersebut tetapi cerita seumpama ini bukan baru. Sudah banyak kes kematian terutama dikalangan kaum Cina.
Secara kebetulan saya mempunyai rakan Tionghua yang anak saudaranya meninggal kerana virus ini. Lelaki remaja ini seorang yang pintar dan amat aktif dalam sukan. Keluarga kaya ini yang tinggal dalam perumahan “gated community”merasa sangat kehilangan dan bagai tidak percaya dengan apa yang menimpa mereka.Keluarga ini sangat cerewet tentang pemakanan dan tidak menyentuh minuman keras dan “soft drinks”. Lalu mereka mencari dan cuba mendalami punca secara sendiri dan hasilnya amat memeranjatkan. Anak malang keluarga ini sangat suka minum air tebu! Selepas bersukan, air tebu satu kemestian. Itu laporan rakan-rakannya dan sipenjual tebu itu sendiri.
Apa kaitan air tebu dengan kencing tikus? Begini. Tebu datang dari luar bandar. Dibawa ke bandar berlori-lori . Sampai di pusat pemunggahan selalunya disandarkan dimerata tempat, disandarkan di tepi longkang, di tempat yang agak lembab, belakang kedai dan lain-lain. Tebu-tebu ini tidak habis sekelip mata. Kadang-kadang berbulan disitu. Selepas dua tiga hari, akar baru mula tumbuh dan di tempat-tempat seperti ini sang tikus memang bermaharaja lela. Bayangkan kadang-kadang sang tikus ini lebih besar dari kucing!…
Kesimpulannya, sang tikus memang suka tebu. Manis. Bila sang tikus dah dapat makan tebu, di situlah juga ia melepaskan air kencingnya dan akar-akar tebu tadi menyerap sebagai “survival” dan bila tebu tadi diproses jadi air minuman manusia secara terus juga berkemungkinan mengitar semula virus air kencing tikus-tikus tadi. Betul atau tidak, wallahuallam. Apa pun cuba kita fikir logik dan “simple science of life cycle”. Suratan atau kebetulan?
aku memang pencinta air tebu. lelebih lagi yang fresh dan cuma dimesin sekali jer.
so pati tu memang pekat likat…
bila dah baca artikel nie, terpaksa la kurangkan minum air tebu tsktsktsk…
kalau boleh dalam masa terdekat jangan minum..
so pati tu memang pekat likat…
bila dah baca artikel nie, terpaksa la kurangkan minum air tebu tsktsktsk…
kalau boleh dalam masa terdekat jangan minum..
Kementerian Kesihatan Thailand memberitahu, sepanjang tahun ini seramai 182 orang telah meninggal di Thailand.Menurut mereka penyebab kematian tersebut adalah air kencing tikus.
Menurut mereka air kencing tikus membawa virus yang boleh mengganggu organ badan manusia seperti ginjal ataupun paru-paru hanya berselang 3-5 hari setelah virus tadi memasuki badan manusia.Tikus adalah haiwan liar yang akan kencing dimana-mana dan kencing tersebut boleh menjangkiti pada makanan, minuman yang diproses.
Virus kencing tikus ialah atau LEPTOSPIROSIS adalah penyakit yang disebabkan oleh sejenis bakteria yang dipanggil Bakteria LEPTOSPIRA.
Walaupun ia dipanggil sebagai virus kencing tikus namun penularan penyakit ini bukan sahaja melalui tikus itu sendiri tetapi melalui binatang lain seperti babi, serangga, burung, landak, kelawar, sapi, kambing, kuda, anjing, dan tupai.Ini merupakan satu salah tanggapan kebanyakkan masyarakat tentang bagaimana virus ini boleh menular.
Jika anda melihat mikroskop bentuk virus ini adalah berbentuk spiral.Ia hanya boleh hidup didalam air tawar selama satu bulan atau lebih manakala kelemahannya pula ia tidak boleh hidup didalam air laut.
Air kencing tikus boleh tersebar melalui banjir yang kemudian masuk ke dalam tubuh manusia melalui permukaan kulit yang terluka, selaput lendir mata dan hidung (ketika mencuci muka).
Ia juga boleh tersebar melalui makanan atau minuman yang terkena setitik air kencing tikus yang dicemari virus leptospira yang kemudiannya dimakan dan diminum manusia.
Walaupun ia dipanggil sebagai virus kencing tikus namun penularan penyakit ini bukan sahaja melalui tikus itu sendiri tetapi melalui binatang lain seperti babi, serangga, burung, landak, kelawar, sapi, kambing, kuda, anjing, dan tupai.Ini merupakan satu salah tanggapan kebanyakkan masyarakat tentang bagaimana virus ini boleh menular.
Jika anda melihat mikroskop bentuk virus ini adalah berbentuk spiral.Ia hanya boleh hidup didalam air tawar selama satu bulan atau lebih manakala kelemahannya pula ia tidak boleh hidup didalam air laut.
Air kencing tikus boleh tersebar melalui banjir yang kemudian masuk ke dalam tubuh manusia melalui permukaan kulit yang terluka, selaput lendir mata dan hidung (ketika mencuci muka).
Ia juga boleh tersebar melalui makanan atau minuman yang terkena setitik air kencing tikus yang dicemari virus leptospira yang kemudiannya dimakan dan diminum manusia.
Sesetengah kita mengambil mudah perkara ini contohnya seperti membiarkan baki makanan diatas meja makan dan tidak disimpan ditempat yang tertutup seperti almari.
Selain itu pengabaian dalam menyimpan beras ditempat yang tidak ditutup boleh menjadi salah satu punca menularnya penyakit ini. Virus ini memang bahaya dan dinasihatkan supaya orang ramai agar berhati-hati kerana virus kencing tikus ini boleh mengakibatkan kematian.