GOOGLE SEARCH

LOGO ANGSI FAMILY CLUB

Friday 9 July 2010

WARNING.... VIRUS KENCING TIKUS!!!!!







Petikan Dari Medic.......

Sajer nak kongsi cerita sikit, kisah benar baru semalam berlaku,28/06/2010

Semalam sahabat rapat saya di Paka telah ditimpa musibah kerana menantunya yang baru berkahwin dengan anak perempuanya tidak sampai sebulan telah meninggal dunia . Pinggan mangkuk semasa kenduri hari tu pun belum habis disimpan lagi.

Kejadian berlaku semalam, ceritanya 5 hari lepas setelah dia mengadu demam dan mendapatkan rawatan doktor panel. Hanya ubat demam sahaja diberi. Melihat keadaannya tidak sembuh setelah balik dari mesyuarat di KL, beliau telah pergi ke Hospital Dungun untuk mendapatkan rawatan dan doktor tidak dapat tahu punca penyakitnya. Nak kata demam denggi berdarah tak ada kesannya. Kebetulan adik sahabat  saya tu bekerja di  hospital besar KT mengesyorkan supaya masuk wad di hospital besar KT. 3 hari masuk wad berakhir semalam menantunya telah kritikal koma. Doktor kata Organ dalamannya telah berhenti dan gagal berfungsi.

Isteri sahabat saya menelepon saya sebelum magrib supaya mengadakan solat hajat bersama jemaah surau Pok Bakar memohon  kepada Allah supaya menantunya sedar & sembuh. Belum pun sempat melakukan solat hajat sekali lagi selepas magrib isteri sahabat menepon saya semula memberi tahu bahawa menantunya telah meninggal dunia waktu magrib tadi. Innalillahwainahirojiun. Saya terus telepon kawan-kawan yang  mengenalinya.

Selepas isyak saya terus pergi ke hospital KT melawat jenazah. Orang telah ramai di bilik mandi mayat. Saya terus berjumpa sahabat saya dan bertanya bagaimana penyakit menantunya bermula. Doktor kata menantunya terkena virus kencing tikus. Seperti selibriti Din Beramboi Puncanya  wallahualam.

Jenazah pada malam itu juga dimandikan dan dikapankan di hospital besar KT. Setelah sembahyang jenazah terus naik van jenazah untuk dibawa ke Baling Kedah untuk dikebumikan dikampungnya. Ibu dan ayah silelaki tiba sejerus kemudian dari Kedah dan tidak sempat melihat anaknya semasa nazak.

Begitulah ceritanya virus kencing tikus sangat bahaya sehingga boleh membawa maut. Bagi sesiapa dirumahnya terdapat tikus berkeliaran berhati-hatilah takut dia kencing merata-rata, kadang-kadang diatas tin susu, makanan atau tin minuman kita dirumah.


Dibawah sedikit cerita dari kawan-kawan cyber.

Kita tidak tahu dari mana beliau mendapat virus tersebut tetapi cerita seumpama ini bukan baru. Sudah banyak kes kematian terutama dikalangan kaum Cina.
Secara kebetulan saya mempunyai rakan Tionghua yang anak saudaranya meninggal kerana virus ini. Lelaki remaja ini seorang yang pintar dan amat aktif dalam sukan. Keluarga kaya ini yang tinggal dalam perumahan “gated community”merasa sangat kehilangan dan bagai tidak percaya dengan apa yang menimpa mereka.Keluarga ini sangat cerewet tentang pemakanan dan tidak menyentuh minuman keras dan “soft drinks”. Lalu mereka mencari dan cuba mendalami punca secara sendiri dan hasilnya amat memeranjatkan. Anak malang keluarga ini sangat suka minum air tebu! Selepas bersukan, air tebu satu kemestian. Itu laporan rakan-rakannya dan sipenjual tebu itu sendiri.
Apa kaitan air tebu dengan kencing tikus? Begini. Tebu datang dari luar bandar. Dibawa ke bandar berlori-lori . Sampai di pusat pemunggahan selalunya disandarkan dimerata tempat, disandarkan di tepi longkang, di tempat yang agak lembab, belakang kedai dan lain-lain. Tebu-tebu ini tidak habis sekelip mata. Kadang-kadang berbulan disitu. Selepas dua tiga hari, akar baru mula tumbuh dan di tempat-tempat seperti ini sang tikus memang bermaharaja lela. Bayangkan kadang-kadang sang tikus ini lebih besar dari kucing!…
Kesimpulannya, sang tikus memang suka tebu. Manis. Bila sang tikus dah dapat makan tebu, di situlah juga ia melepaskan air kencingnya dan akar-akar tebu tadi menyerap sebagai “survival” dan bila tebu tadi diproses jadi air minuman manusia secara terus juga berkemungkinan mengitar semula virus air kencing tikus-tikus tadi. Betul atau tidak, wallahuallam. Apa pun cuba kita fikir logik dan “simple science of life cycle”. Suratan atau kebetulan?
aku memang pencinta air tebu. lelebih lagi yang fresh dan cuma dimesin sekali jer.
so pati tu memang pekat likat…
bila dah baca artikel nie, terpaksa la kurangkan minum air tebu tsktsktsk…
kalau boleh dalam masa terdekat jangan minum..

Kementerian Kesihatan Thailand memberitahu, sepanjang tahun ini seramai 182 orang telah meninggal di Thailand.Menurut mereka penyebab kematian tersebut adalah air kencing tikus. 
Menurut mereka air kencing tikus membawa virus yang boleh mengganggu organ badan manusia seperti ginjal ataupun paru-paru hanya berselang 3-5 hari setelah virus tadi memasuki badan manusia.Tikus adalah haiwan liar yang akan kencing dimana-mana dan kencing tersebut boleh menjangkiti pada makanan, minuman yang diproses.
Virus kencing tikus ialah atau LEPTOSPIROSIS adalah penyakit yang disebabkan oleh sejenis bakteria yang dipanggil Bakteria LEPTOSPIRA.

Walaupun ia dipanggil sebagai virus kencing tikus namun penularan penyakit ini bukan sahaja melalui tikus itu sendiri tetapi melalui binatang lain seperti babi, serangga, burung, landak, kelawar, sapi, kambing, kuda, anjing, dan tupai.Ini merupakan satu salah tanggapan kebanyakkan masyarakat tentang bagaimana virus ini boleh menular.

Jika anda melihat mikroskop bentuk virus ini adalah berbentuk spiral.Ia hanya boleh hidup didalam air tawar selama satu bulan atau lebih manakala kelemahannya pula ia tidak boleh hidup didalam air laut.

Air kencing tikus boleh tersebar melalui banjir yang kemudian masuk ke dalam tubuh manusia melalui permukaan kulit yang terluka, selaput lendir mata dan hidung (ketika mencuci muka).

Ia juga boleh tersebar melalui makanan atau minuman yang terkena setitik air kencing tikus yang dicemari virus leptospira yang kemudiannya dimakan dan diminum manusia.
Sesetengah kita mengambil mudah perkara ini contohnya seperti  membiarkan baki makanan diatas meja makan dan tidak disimpan ditempat yang tertutup seperti almari.
Selain itu pengabaian dalam menyimpan beras  ditempat yang tidak ditutup boleh menjadi salah satu punca menularnya penyakit ini.  Virus ini  memang bahaya dan dinasihatkan supaya orang ramai agar berhati-hati kerana virus kencing tikus ini boleh mengakibatkan kematian.

Friday 2 July 2010

“XPDC SAYANGI HUTAN KITA BERSAMA PELANTAR ANGSI 2010”.


Pelantar minyak Angsi melalui Angsi Family Club(AFC) akan menganjurkan program mendaki Gunung Tebu sambil mengadakan aktiviti pembersihan hutan lipur Lata Belatan Terengganu.Program ini akan dikenali sebagai “XPDC SAYANGI HUTAN KITA BERSAMA PELANTAR ANGSI 2010”.




Lokasi : Hutan Lipur Lata Belatan - Gunung Tebu,Jertih Terengganu.

Tarikh : 30 Julai – 01 Ogos 2010 (3 hari 2 malam)

Aktiviti ini akan dijalankan dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri, Kelab Gabungan Pendaki Gunung Malaysia serta masyarakat setempat.Penyertaan terbuka kepada semua yang berminat tanpa mengira jantina asalkan sihat tubuh badan.Yuran penyertaan RM 100.00 akan dikenakan bagi setiap penyertaan dan ianya merangkumi makan, khemah, permit dan jurupandu arah.Jika berminat sila daftarkan diri kepada:-

1) ZULKIFLI BIN ROMLI @ YUSOP-KREW A

2) WAN MOHD NURUL AZLAN-KREW A

3) AMIRUDDIN BIN SAAD-KREW B

Jadual Program:-

• Hari pertama (Jumaat/30 Julai 2010)

- Bertolak dari KOP Kertih ke Lata Belatan,Jabi.

-Taklimat daripada penganjur dan Jabatan Hutan.

-Program pembersihan/gotong-royong di Lata Belatan.

-Bermalam di tapak perkhemahan Lata Belatan.

• Hari kedua (Sabtu/31 Julai 2010)

- Senaman pagi

-Taklimat daripada penganjur dan Jabatan Hutan.

-Operasi pembersihan laluan ke puncak Gunung Tebu.

-Sesi pengenalan spesis tumbuh-tumbuhan bersama Jabatan Hutan.

-Bermalam di puncak Gunung Tebu.

• Hari ketiga (Ahad/1 Ogos 2010)

-Senaman pagi

-Taklimat daripada penganjur dan Jabatan Hutan.

-Bergerak ke Lata Belatan

-Program selesai dan bertolak kembali ke KOP,Kertih.

SEJARAH AFC

DI TUBUHKAN PADA 03.hb FEB. 2005. TUJUAN PENUBUHAN ADALAH UNTUK MENGADAKAN SATU PERTUBUHAN UNTUK MENGATURKAN SEBARANG AKTIVITI SECARA SAH DIANTARA CREW A DAN CREW D BAGI MENGERATKAN LAGI SILATULRAHIM DI ANTARA KELUARGA KELUARGA PEKERJA PELANTAR ANGSI DAN MEREKA YANG MENJADI AHLI KELAB AFC INI.



BORANG KEAHLIAN

BORANG KEAHLIAN

ANGSI

ANGSI

ANGSI

ANGSI